Berita Harian: Mutakhir

Sunday, April 4, 2010

Kenapa MIC Wakil Di Hulu Selangor? Ini Plihan Rakyat Hulu Selangor Atau ..

Aku dgr dan baca desas desus mengatakan besar kemungkinan wakil dari MIC akan menjadi taruhan di pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor. Adakah ini pilihan rakyat Hulu Selangor? Atau PM meletakkan MIC kerana setiakawan dalam BN? UMNO perlu tunjukkan pada semua rakyat yang UMNO MASIH RELAVEN! Kalah atau menang bukan soalnya. Adakah PM takut jika melatakkan wakil UMNO, kita akan kehilangan undi orang India dan Cina di Hulu Selangor? Jika letak wakil UMNO dan memang benar orang Cina dan India tidak mengundi wakil UMNO tu, maka bukankah ini menunjukkan yang MIC dan MCA telah gagal untuk memikat hati bangsa mereka? Itu juga akan menunjukkan betapa BERSIKAP PERKAUMAN nya orang India dan Cina, letak orang Melayu tak nak undi.

Aku rasa UMNO ni terlampau baik, kalau di lihat majoriti di Hulu Selangor ialah orang Melayu, tapi masih lagi nak bagi kat MIC. Kenapa? Setelah prestasi BURUK MIC dan MCA (yang pada aku merupakan punca TSUNAMI di PRU yang lepas) UMNO masih lagi nak tunjuk baik kat derang ni. Memang kita perlu perpaduan, memang kita perlu tolak ansur, tapi sejak kebelakangan ini, aku tgk derang ni dah macam pembangkang. Mereka sendiri tidak menghormati para pemimpin UMNO. Malah mereka dgn terbuka mengkritik pemimpin UMNO sedangkan mereka boleh mengkritik dengan lebih BERADAP!

Jadi aku harap sangat PM kita meletakkan UMNO sebagai wakil di Hulu Selangor. MIC dan MCA masih kelam kabut dengan krisis dalaman mereka. 1 Malaysia aku harap tak MEMINGGIRKAN UMAT MELAYU. Jika Melayu di pinggirkan oleh partinya (UMNO) aku rasa lebih baik kita semua masuk DAP je. Nasib Melayu di tangan UMNO, musnah UMNO, musnah lah Melayu.

Sekali lagi aku harap PM meletakkan orang UMNO di Hulu Selangor untuk membuktikan yang orang Cina dan India bukan bersikap perkauman dan membuktikan MIC dan MCA berjaya meyakinkan bangsa mereka terhadap 1 Malaysia.

Yang Ikhlas,