KUALA LUMPUR 5 April – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan pendedahan dua wakil rakyat itu di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya menunggu masa yang sesuai untuk memanggil kedua-duanya berikutan mereka pada masa ini terpaksa hadir ke Parlimen untuk persidangan.
“Siasatan mengenai pendedahan mereka di Dewan Rakyat baru-baru ini, masih lagi dijalankan.
“Kita faham, kedua-duanya sibuk untuk hadir ke Parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di pejabat kementerian itu di Jalan Dato’ Onn di sini hari ini.
Komen M-2Day:
Bagus lah kalau macam tu, mereka perlu memberi keterangan di atas tuduhan2 yang mereka lemparkan. Dan mereka juga tak perlu takut jika mereka di pihak yang benar. Bongkarkan sahaja dengan sebenar2nya kegiatan pengkhianat bangsa tuh. Anda WAJIB memberitahu kepada rakyat PENIPUAN ini agar rakyat tidak terus di tipu dan di perbodohkan. Dan sepatutnya hal ini telah di dedahkan kepada rakyat dari dulu lagi, sebagai orang Islam, anda seharusnya tidak bersubahat dengan kemungkaran. Kemungkaran ini tidak menjadi halal semata2 kerana anda duduk dalam Pakatan Rakyat yang ada parti PAS (Putar Alam Shah) yang konon nya "pemegang kunci pintu syurga".