Kematian ibu kepada seorang anak, Norhashimah Wahid semasa menjalani latihan PTD ni pada aku patut di jadikan tauladan kepada pihak kerajaan agar mengkaji semula latihan2 ala komando nih. Budak2 ni nak jadi PTD ke atau nak jadi KOMANDO? Kalau setakat PTD pehal lak la nak buat latihan komando? Adakah hanya dengan menjalani latihan2 ala tentera sahaja akan menaikkan jati diri sesaorang? Aku tengok askar dan polis pun ada yang bermasaalah kan. Jadi dah tiba rasanya masa untuk kerajaan mencari cara lain untuk menambatkan jati diri kepada para pelatih. B ukan sahaja PTD ni malahan kepada anak2 kita di PLKN. Berapa byk kes2 kematian berlaku, tetapi janganlah kerana ego orang atasan, kami rakyat di bawah ni yg menanggung seksa.
Banayk aku dengar ibubapa yang tak dapat tidur lena memikirkan keselamatan anak2 mereka yang menjalani latihan2 ni. PM pun dah kata, ini bukan zaman "KERAJAAN MENGETAHUI SEMUANYA" ini zaman "KERAJAAN MENDENGAR RINTIHAN DAN PANDANGAN RAKYAT" So harap2 pihak berkaitan dapat melihat kes2 ini sebagai satu yang amat sirius! Terutama sekali hal ehwal kesihatan para pelatih. Janganlah di anggap remeh bila pelatih mengadu sakit, cuba letakkan anda di tempat waris mereka2 ini, apa perasaan anda bila anak atau isteri atau ibu yang riang ceria di semasa di hantar untuk latihan tetapi pulang di baluti kain putih.
Takziah buat keluarga Norhashimah Wahid.
Yang Ikhlas,