Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, December 29, 2010

Persamaan Penyokong Bola Indonesia Dan Pakatan Rakyat

Aku dapat lihat banyak juga persamaan di antara PENYOKONG BOLASEPAK INDONESIA dengan PAKATAN RAKYAT antara yang jelas ialah:-
  • Suka menabur fitnah untuk menutup kelemahan sendiri
  • Suka membuat huru hara @ kekecohan
  • Suka memaki hamun pihak lawan
  • Suka berkumpul membuat demo untuk mendapat perhatian
  • Suka menyimpan dendam kesumat
  • dan yang paling SAMA ialah ..... SUKAR MENERIMA HAKIKAT @ KEKALAHAN!
Jadi aku suka nasihatkan mereka ni, sedarlah kesalahan sendiri, dan bersikap lah lebih dewasa dan waras. Jangan macam orang giler MEROYAN bila kalah, tapi bila menang takder lak cerita2 LASER nih. Kah Kah Kah

Untuk pemain negara, aku minta dan berdoa agar korang lebih fokus di padang dari apa yang akan terjadi di luar padang, sebab kalau kita lihat gelagat penyokong mereka ni, pasti akan berlaku sesuatu yg tak elok. Jadi fokus anda semua di padang bukan di luar padang. Dan kekalkan sikap PROFESIONAL kita, jangan mengikut rentak mereka. Yang paling penting ialah JANGAN TERLALU KONFIDEN!! Jika terlalu konfiden nescaya anda akan membuat banyak kesilapan dan lalai dalam permainan.

Harapan pada jurulatih pulak, jangan lah bermain secara bertahan, nescaya padah buat kita. Kita harus mengekalkan rentak permainan semasa di sini tempoh hari. Kesilapan besar jika kita bermain tektik bertahan. Doa kami semua untuk anda. Adat bermain bola, bola tu bulat, pasti akan ada pihak yang kalah dan menang. Apa pun keputusan malam ini, kita dah boleh berbangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan kita sekarang! Go MALAYSIA GO!!!

Yang Ikhlas,