Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, December 29, 2010

Rumah-Rumah Anak Yatim Perlu Bijak Mencari Sumber Kewangan

Saya terbaca di Metro hari ni tentang Rumah Anak Yatim dan Miskin At-Taqwa di Pengkalan Hulu, Perak. Mereka mengatakan anak2 di situ yang bersekolah tidak ada peruntukan untuk membeli baju baru dan lain2 kelengkapan belajar. Ada 41 murid yang bersekolah di rumah amal tersebut. Pada aku rasanya tak susah nak cari sumber kalau kena cara dan tempatnya.

Pihak pengurusan sekolah atau rumah2 kebajikan seperti ini perlu bijak mencari sumber kewangan. Di Perak ni banyak orang2 kaya, banyak gedung2 besar, banyak dermawan2 dan hartawan2. Cuma nya kene lah pandai mencari. Setakat peruntukan baju sekolah, kalau seorang RM100, 41 baru RM4,100. Takkan takder yang boleh menyumbang RM4000 tu? Yang paling penting ialah siapa yang nak kita minta bantuan tu. Jangan la suruh budak2 pergi ke stesyen2 minyak, pusat beli belah dan lain2 tu, sian derang. Kadang2 sampai malam buta! Jangan la buat budak2 tu camtu.

Cuba korang tengok ada rumah2 anak yatim yang mendapat bantuan dari TESCO misalnya, ini contoh la. Rakyat Malaysia ni pemuruah. Tu yang melambak sendiket mintak sedekah berada di negara kita ni. Dan aku suka la nak ingatkan pengendali rumah2 kebajikan ni, jangan la korang berpolitik!! Korang perlu nuteral. Matlamad korang ialah kebajikan anak2 tu jangan campur aduk dgn politik. Jadi pandai2 la jumpa wakil2 rakyat, pengusaha2 yang berjaya, orang2 kaya di kawasan anda tu. Terangkan tujuan dengan jelas. Jangan lak harap RM4000 tu dari seorang penyumbang je, kang pengsan lak dia.

Apa pun anda perlu kreatif dan tahu siapa yang nak di tuju. Setakat baju sekolah budak2 tu aku rasa tak susah nak dapat. Dan pada orang2 kaya dalam Malaysia ni, duit korang tu dah lebih dari cukup, apa salahnya hulurkan bantuan pada anak2 yatim ni. Dan biarlah berterusan, janganlah bantu mereka bermusim2 atau menggunakan mereka untuk kepentingan korang. Contohnya bila nak pilihanraya, kenyangggggg budak2 tu, di bawak kesana kemari tapi sebab apa? Sebab nak tunjuk kat org. Bulan Ramadhan, waaaa budak2 ni kenyanggg lagi, tiap2 malam ada je program2 dibawa kesana sini. Hari Raya dan lain2. Ini antara musim anak2 yatim ni akan kekenyangan, tapi camne lak dengan hari2 lain?

Rumah2 kebajikan ni pun kene lah bersatu, cuba ujudkan satu laman web misalnya, senaraikan semua rumah anak2 yatim. Letak sekali nama2 pengurusan, gambar2 dan cara untuk orang hubungi dan cara mana org boleh membantu. Sekarang ni zaman dah berubah, gunakan IT ni lebih sket. Mungkin pihak Jabatan Kebajikan boleh membina satu lamanweb khas untuk menyenaraikan semua rumah2 kebajikan di negara kita. Jadi kalau ada yang nak bantu tu senang la, kut2 aku ada RM20 nak bersedekah, boleh la aku refer laman tu, dan aku akan cari rumah kebajikan mana yang aku nak bantu. Tu contoh la tu.

Kalau kita bleh bagi RM1 kepada MAT PIT jaga parking, apatah lagi untuk anak2 yatim ni. Sian derang ni, mak ayah dah takde, hidup atas belas orang lain.

Yang Ikhlas,