Berita Harian: Mutakhir

Thursday, January 20, 2011

Banyaknya Undang2, Sapa Yang Betul Ni? Pelabuhan Klang Kosong Ke Tak Ni?

Aku cakap dari kaca mata rakyat biasa. Kami bukan peguam atau penganalisis politik atau apa2, cuma rakyat biasa. Semalam Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim mengumumkan atau mengishtiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong sebab ADUN nya tidak menghadiri mensyuarat selama 6 bulan. Hari ni Pengerusinya SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd pulak kata, sepatutnya Teng memaklumkan terlebih dahulu kepada SPR tentang hal ini sebelum membuat sebarang pengishtiharan. Jadi kami rakyat ni kompius. Ada berapa banyak set undang2 dalam negara kita ni? kalau undang2 tubuh kerajaan Negeri Selangor kata speaker ada hak, tapi undang2 pusat kata speaker takder hak, macam mana pulak?

Kami ni pening pala, setiap kali ada isu2 berkaitan korang2 ahli2 politik ni, macam2 cerita kaeluar. Peguam sana kata dia betul, peguam sini kata dia pulak yang betul. Bukan kah lebih baik jiki kita di Malaysia ini hidup di bawah SATU UNDANG2! Mudah dan tak peningkan kepala. Kami juga muak dengan kes2 macam ini. Selangor kita tahu mereka mengambil keputusan itu kerana mahu mengecilkan peratusan pecahan kerusi DUN Selangor untuk menghadapi mesyuarat khas nanti. Itu kami semua tahu tektik mereka. Tapi nanti pada mesyuarat tu nanti pasti kekecohan akan berlaku, bila ADUN nak masuk dewan di halang dan maka berlakulah drama sepertimana yang dah berlaku di Perak dahulu.

Harap selaraskan undang2 ini, agar rakyat mudah memahami apa yang berlaku. Anda semua perlu ingat, kuasa sebenar di tangan rakyat. Kami yang memilih siapa yang layak memimpin negara. 1MALAYSIA, 1UNDANG-UNDANG!

Yang Ikhlas,