Berita Harian: Mutakhir

Monday, January 31, 2011

Peratusan Mengundi Lebih Kecil, Majoriti Lebih Besar. Tahniah!

Syukur ALHAMDULLILAH! Tahniah kepada BN kerana seperti yang di jangka dan di doakan, kita menang dengan bergaya! Walaupun target 5000 majoriti tak di perolehi, tetapi kemenangan ini tetap manis dan memberi TAMPARAN hebat kepada Pakatan Rakyat.

Peratusan keluar mengundi hanya 67% tetapi majoriti lebih besar dari PRU12 yang lepas! Wah! Kalau peratusan undi tinggi, nescaya kita akan peroleh lebih dari 5ribu majori! tetapi apa pun BN menang!

Ini menunjukkan rakyat masih percaya kan BN. Dan UMNO masih dan terus releven! Perjuangan demi bangsa dan agama dalam masa sama tidak menindas bangsa lain masih di terima. Kita telah membuktikan kepada rakyat bahawa tujuan kita memenagi pilihanraya bukan untuk membalas dendam atau untuk poket sendiri tetapi demi rakyat!

Kita mahu bekerja untuk rakyat bukan berpolitik setiap hari!

Tahniah MOHD AZAHAR IBRAHIM, TAHNIAH UMNO, TAHNIAH BARISAN NASIONAL dan TAHNIAH RAKYAT TENANG!

Takbir!

Yang Ikhlas,