Berita Harian: Mutakhir

Saturday, January 22, 2011

Selamat Bertanding BN dan PAS, Berkempenlah Dalam KeTENANGan.

Haa dah sah satu lwn satu, BN lwn PAS di DUN TENANG, JOHOR. Alhamdullilah penamaan calon berjalan lancar tanpa insiden2 besar berlaku, TAHNIAH kepada pihak PDRM yang bijak menyusun atus pergerakan para penyokong parti masing2.

Maka bermulalah agenda kempen masing2, apa pun aku suka dan berharap serta mendoakan agar korang berkempen lah dengan tatasusila dan dgn etika2, adap2 dan adat2 kita. Janganlah menabur fitnah, janganlah menyerang peribadi lawan, jangan lah mengaibkan lawan, ingatlah kita ni sama sahaja, masing2 berkempen untuk menang tetapi ingat, kemenagan itu nanti bukan milik anda, anda menang sebagai WAKIL RAKYAT TENANG. Kemenangan anda bermakna anda telah di beri mandat oleh RAKYAT TENANG untuk MEWAKILI mereka. Anda hanya wakil mereka, jadi berkhidmat lah dengan baik DEMI RAKYAT TENANG, bukan demi anda sendiri. Kemenangan anda juga bukan menjamin anda akan terus di beri mandat oleh rakyat, anda kene buktikan yang anda benar2 ikhlas berkhidmat untuk rakyat, dan mereka akan menarik kembali jawatan anda itu jika anda leka dan berubah setelah bergelar WAKIL RAKYAT.

Selamat berkempen dan apa pun keputusan nya nanti, pastikan pihak yang tewas terima dengan hati terbuka. Yang ikhlas pasti akan menang. Untuk saya, tentulah BN menjadi pilihan. Apa pula pilihan rakyat Tenang? Sama2 kita lihat nanti.

Yang Ikhlas,