Berita Harian: Mutakhir

Sunday, January 16, 2011

Tenang Mula Gelisah

DUN Tenang dah mula gelisah dan di gelisahkan oleh pelbagai cerita dan "drama2" yang agak sedap di baca dan di dengar. Macam2, pihak Pakatan Rakyat dah mula mainkan isu2 perkauman, isu agama dan seperti biasa bila ada pilihanraya, banyak lah cerita2 pembongkaran mengenai kepincangan Barisan Nasional. Ini biasa. Perkara biasa yang dapat kita lihat setiap kali ada pilihanraya.

Tetapi segalanya bergantung kepada kita sendiri. Kita para pengundi yang akan memilih siapa yang kita mahu untuk memimpin kita. Yang duk memekak siang malam tu ialah orang2 politik yang ada kepentingan, mereka akan cuba membuktikan bahawa mereka lah yang baik dan harus di pilih. Tetapi keputusan di tangan kita. Kita yang harus bijak memilih.

Adakah kita akan memilih sesaorang hanya kerana dia pandai bercakap? Adakah kita akan memilih mereka yang suka memb uat janji2 kosong? Kita perlu ingat 4 sifat orang2 MUNAFIK seperti yang di ingatkan oleh NABI junjungan kita. Ciri2 orang MUNAFIK, pertama orang yang bila bercakap dia akan berbohong, kedua orang yang bila berjanji tidak di tepati, ketiga orang yang bila bercakap sentiasa mahu menang dan keempat orang yang bila di beri amanah dia akan mengkhianatinya. Cuba kita lihat PAKATAN RAKYAT. Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang, ada tak ciri2 ini?

Kita lihat pula Barisan Nasional, adakah BN sempurna? Tentu tidak, kita manusia biasa masakan kita boleh jadi atau menghasilkan sesuatu yang sempurna. Tapi sekurang2 nya BN telah banyak menabur budi, berkhidmat kepada rakyat, membawa pembangunan, manjaga kebajikan rakyat dan lain2 lagi. Pasti ada yang terlepas pandang, tetapi Malaysia ada 30 juta penduduk, masakan kesemuanya dapat diawasi secara individu. Jadi fikir2 lah sebelum membuat pilihan.

Lihat apa yang jadi di Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor. Dengan 4 negeri ini pun Pakatan Rakyat dah mula besar kepala. Mereka semakin rakus dan takbur. Mereka mahu menghapuskan bangsa Melayu dan mengujudkan Bangsa Malaysia. Yang lebih sedih, mereka ini di sokong oelh orang Melayu sendiri. Bila kita akan sedar? Mereka mempermainkan Melayu, menghina Melayu dan Islam secara terbuka, tetapi kerana kuasa, Melayu2 dalam Pakatan Rakyat menurut perintah. Perintah siapa? Sendiri ingat lah.

Kenapa Anwar Ibrahim di lantik menjadi ketua pembangkang? Anda ingat Lim Kit Siang suka kan Anwar? Jangan mimpi lah, Anwar hanya lah boneka, mereka memilih Anwar kerana mereka tahu Anwar GILER KUASA. Dendam Anwar terhadap BN di gunakan oleh DAP. Meraka tahu hanya Anwar amat mudah di gunakan. Anwar mereka "SANJUNG" dan jaga, kerana tanpa ANWAR harapan mereka untuk menjadikan Malaysia ini seperti Singapura akan hancur.

Percayalah, jikalah anda memilih Pakatan Rakyat untuk berkuasa di negara kita, anda akan lihat permulaan penghapusan bangsa Melayu. Hak kita akan hilang, keistimewaan kita akan di hapuskan, dan dengan dasar 1 bangsa, mereka akan meminta kita (orang Melayu) bersaing dengan mereka dalam ekonomi, dan anda tahu siapa yang akan menang kan.

Jadi usahlah nak buat kajian dengan memberikan mereka kuasa untuk 1 penggal, dan konon nya jika mereka tak bagus, tukar balik. Ini lah idea yang mereka serap dalam fikiran pengundi2. Tapi ingat lah, jika mereka berjaya ke Putrajaya, mereka akan memastikan semua nya di ubah termasuk lah perlembagaan negara kita. Dan Program 100 Hari Pakatan Rakyat tu sebenar nya ialah Program 100 Hari Penghapusan Sistem Raja Berpelembagaan. Kerana mereka tahu benteng terakhir orang2 Melayu ialah Sistem Raja Berpelembagaan. Fikirkan sikit k.

Yang Ikhlas,