Sedih dan marah bila baca laporan Utusan Malaysia bila pegawai2 penguatkuasa di ugut bunuh di sebabkan tugas yang mereka jalankan. Aku harap benar KDN atau PDRM memandang sirius perkara ini. Mereka tu menjalankan tugas demi negara, mereka tiada kuasa dan latihan untuk bertindak seperti pihak Polis. Senjata pun takde. Jika kita nak lihat mereka menjalankan tugas dengan lebih baik, pihak PDRM perlulah memberi sokongan dan perlindungan maksima kepada mereka2 ini.
Jika tidak maka akan luntur lah semangat mereka. Masakan nak buat kerja elok2 jika kepala asyik memikirkan keselamatan diri dan keluarga. Orang yang mengugut tu juga mesti diburu dengan sirius dan secara besar2an. KDN melalui PDRM mesti menyampaikan mesej kepada mereka yang kita akan benteras kegiatan mereka hingga akar umbi! Jangan hanya memberi AMARAN!
Aku harap benar PDRM tidak menjadi penakut atau PONDAN seperti menteri KDN. PDRM perlu tegas dan sirius melindungi penjawat2 awam ini agar mereka boleh berkhidmat demi negara dengan lebih baik lagi!
Yang Ikhlas,