Aku memang dari dulu membantah pembatalan projek Jambatan Bengkok nih. PAK LAH masa tu seronok sangat main GOLF dengan orang SINGAPORK pada masa tu. Tapi sekarang kita berpeluang untuk membuktikan kepada dunia yang kita ini sebuah negara berdaulat! Kita boleh buat apa sahaja di negara kita sendiri. Kenapa perlu persetujuan SINGAPORK untuk kita membina jambatan di kawasan kita? Adakah kita begitu hina sehinggakan nak buat sesuatu di dalam negara kita sendiri pun kita nak mintak "kebenaran" negara luar? Malu! Sangat MALU!
Tun Dr M sering membangkitkan perkara ini dan aku tak salahkan dia, sebab projek tersebut bukan sahaja boleh mengembalikan mertabat dan maruah kita, malah ia juga menguntungkan kita. Kapal2 kecil dan bot2 nelayan kita boleh lalu di bawah jambatan ini tak perlu lagi nak buat satu pusingan besar mengelilingi SINGAPORK!
Aku harap benar projek Jambatan Bengkok ni di teruskan! Takbir!
Yang Ikhlas,