Berita Harian: Mutakhir

Friday, March 4, 2011

Adun BN Lenggeng Buat TAIK! Memalukan!

SEREMBAN, 4 Mac — Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialah 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini. - Malaysianinsiders

------------------------------------------

Memang buat TAIK tul mamat ni. Sedang orang sebuk2 nak meyakinkan rakyat dia pulak buat hal! Mamat ni WAJIB di buang dari UMNO! Kita tak mahu perasuah dalam UMNO! Mungkinkah satu lagi PRK?

Kalau betul, kita kene pastikan calon kali ini yang betul2 bersih LUAR dan DALAM!

***UPDATE***

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada mamat ni pada 1hb April 2011.

walau apa pun, aku harap benar UMNO buang dia ni, takpe la jika dia masuk pembangkang ke apa ke. Aku lebih rela hilang satu kerusi dari membela seorang perasuah yang akan memburukkan imej parti keseluruhan nya.

Yang Ikhlas,