Berita Harian: Mutakhir

Monday, March 28, 2011

Prof Madya Dr Mohd Asri Tidak Suka Politik Lucah Tapi Suka Ahli Politik Lucah?!?!

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi. - Malaysiakini

-------------------------------------------

Apa punya pak lebai ni. Adakah ini bermakna Dr Asri mahu kita semua mendiamkan diri bila mendapat tahu seseorang pemimpin itu merupakan ahli politik yg suka berzina dan liwat? Tidakkah sepatutnya rakyat perlu tahu siapa yg mereka undi? Adakah Dr Asri menyokong penzinaan semata2 kerana tidak mahu mengaibkan org? Tidakkah Dr Asri pernah melihat betapa dahsyatnya orang2 Pakatan Rakyat mengaibkan orang2 BN? Lagi teruk! Boleh kata setiap hari!

Dr Asri ada 2 set fatwa dan hukum? Aku harap Dr Asri menasihatkan dahulu rakan2 nya di Pakatan Rakyat sebelum nak mengkritik orang2 BN ni. Dr Asri nampaknya begitu menyokong Anwar Ibrahim @ Pakatan Rakyat, sedangkan dia lupa siapa yang menggelarkan dia BAPAK SETAN!

Dr Asri tak payah la nak berselindung di dalam kopiah tu, baik terus terang je kata kamu tu PENYOKONG TEGAR PAS atau mungkin PKR. Rakyat pun dah getik dengan perangai kamu tu. Tidak menghormati mufti2 lain lebih2 lagi Mufti Perak yang lebih senior dan lebih mahir dari kamu.

Aku rasa Dr Asri patut mengajak ahli2 Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan "Anti Pemimpin Penzina dan Peliwat!" Kau tak malu ke Dr Asri, kau mungkin menyokong dan mempertahankan seorang peliwat tegar?

Yang Ikhlas,