Berita Harian: Mutakhir

Thursday, May 12, 2011

Bolehkah / Adakah Sebuah Kerajaan Mampu Memuaskan Hati Semua Rakyatnya?

Mari kita renung peristiwa yang menimpa Nabi Luqman dan anaknya;

Satu hari Nabi Luqman dan anak nya mahu kepasar, mereka keluar dari rumah dengan anak nya maniki keldai manakala Nabi Luqman mengiringi anak nya. Tiba di suatu tempat mereka di tegur oleh sesaorang "Lihatlah anak itu, sungguh tidak hormatkan ayahnya, membiarkan ayah nya berjalan kaki dia syok2 menaiki keldai", maka mendengar komen orang tu, maka anak Nabi Luqman turun dan Nabi Luqman pulak menaiki keldai tadi.

Sampai di satu tempat hampir dengan pasar tujuan mereka tadi terjumpa pula dengan sekumpulan orang dan salah sorang dari mereka menegur "Lihat lah si ayah itu, dia sedap2 duduk di atas keldai, di biarkan anak nya keletihan berjalan kaki, sungguh tak sayangkan anak si ayah tu", maka mendengar kritikan orang tu, maka Nabi Luqman turun dari keldai itu lalu berjalan kaki bersama anak nya sambil menarik keldai.

Berjumpa lagi dengan pengkritik lain "Liahtlah betapa bodohnya mereka itu, ada keldai tak nak naik", mendengar kritikan panas itu maka Nabi Luqman dan anknya naik keldai tadi berdua. Bila sampai ke pasar mereka mendengar pengkritik yang penghabisan "Kejam sungguh mereka itu, naik keldai berdua sekali! Tak kesian ke kat keldai tu?"

Lalu Nabi Luqman bertanya kepada anak nya, "tahukah kamu pengajaran dari peristiwa yang kita alami tadi?" Anak nya menjawab "Tahu ayahku, kita tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang, maka kita wajib hanya menyenangkan ALLAH"

---------------------------------------------------------

Aku ulang cerita ni bukan apa, getik dan meluat dengan sikap pembangkang ni, apa juga yang kerajaan buat, adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je dia nak komplen. Macam dia tu bagus. Padahal dia langsung tak buat apa2 untuk rakyat, kerjanya hanya POLITIK 24jam dan 365 setahun!

Ini hakikat kehidupan, kita tak mungkin dapat memuaskan hati semua. Maka aku harap kerajaan dapat berbuat terbaik mungkin untuk rakyat. Tak perlulah di layan setiap kerenah dari mereka2 yang tak puas hati tu. Selagi keputusan kita tidak melanggar hukum Islam, teruskan je la. Kalau nak puaskan hati semua orang jawabnya .... MAMPOS LAH KITA!

Yang Ikhlas,