Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, May 11, 2011

PROTON Bukan Penyebab Kereta Lain Mahal Tapi ...

Memang benar kata Tun Dr M bahawa PROTON bukan punca kereta lain lebih mahal di jual di negara kita berbanding di Singapore dan Thailand. Tetapi bila bercakap hal kereta nasional ni, aku harap2 sgt la KUALITI nya di pertingkatkan.

Kita rakyat Malaysia ni dah terbiasa dgn senario kereta import yg mahal, kita juga paham dasar automotif kerajaan. Tapi ada elok juga jika kerajaan kaji semula cukai kereta2 import ni. Malaysia dah jadi "TONG SAMPAH" kereta2 terpakai luar negara. Kereta2 terpakai dah melambak2. Jika kerajaan kurangkan cukai kereta import dan hentikan kemasukan kereta2 terpakai luar negara ni, aku rasa lebih baik sebab kereta2 di pasaran semua nya kereta2 baru dan boleh di gunakan lebih lama.

PROTON dan PRODUA juga mestilah mempertingkatkan kualiti kereta masing2. Banyak rungutan2 di terima, malah aku sendiri pun dah kene. Selalunya tingkap cepat meragam, lampu signal, lampu belakang di masuki air, alarm tak berfungsi, pintu tidak boleh di tutup rapat dan tidak kedap bunyi makna nya bising dalam kereta tu.

Design juga perlu di ambil perhatian, jangan la asyik memakai mold kereta2 lama jepun tu, perihatin sikit keperluan rakyat. Rakyat Malaysia skrg ni dah BESAR2 tu pasal kereta2 MPV laku sekarang ni, jadi nya kenapa lah EXORA dan ALZA di buat sempit? Duduk di barisan ketiga EXORA amat tidak selesa untuk org dewasa. Sepatutnya PROTON mengambil kira hal2 sebegini. Kalau la EXORA tu besar sedikit dalaman nya saya pasti org lebih byk guna, skrg ramai yg guna ALPHARD, SERENA, INNOVA, GRANDIS dan ESTIMA, kenapa lah agak nya? Pastinya keluasan dan keselesaan.

PROTON perlu berubah, design mesti mengikut citarasa semasa rakyat tempatan.

lagi satu, INDIA boleh keluarkan kereta sebesar KANCIL dengan harga jualan RM7000 sahaja, PROTON, PRODUA dan juga KERAJAAN MALAYSIA kene fikirkan hal ini juga.

Yang Ikhlas,