Berita Harian: Mutakhir

Monday, May 21, 2012

Nasharudin: Pas, Umno perlu berlapang dada jayakan muzakarah



BANGI- Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata pucuk pimpinan Umno dan PAS perlu berlapang dada agar kedua-dua pihak boleh bermuzakarah dan mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek.

Beliau berkata jika kedua-dua parti besar dalam negara itu dapat duduk semeja untuk berbincang, banyak perkara akan dapat dihuraikan.

"Isu muzakarah ni saya rasa semua orang dah tahu pendirian saya. Saya antara yang mempromosikannya dari dulu lagi, kerana saya yakin bahawa untuk masa depan negara kita perlu mengurangkan politiking antara dua parti politik besar orang Melayu Islam di negara ini, bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu Islam tapi juga untuk kepentingan negara.

"Walaupun syarat-syarat yang ditetapkan itu mungkin payah untuk diterima oleh tapi saya harap kepimpinan kedua-dua parti berlapang dada dalam mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek," katanya yang ditemui pemberita pada majlis perkahwinan anak sulungnya di Bandar Bukit Mahkota, di sini hari ini, ... SH


PENDAPAT SAYA:
Aku memang setuju lah sedikit dgn Ustaz Nasha ni, tapi tang berlapang dada ni, aku rasa Ustaz Nasha perlu menasihati Nik Aziz dahulu berkaitan itu. Lihat sahaja lah siapa yg mengenakan pelbagai syarat untuk muzakarah ini? UMNO atau PAS? Jadi siapa yg tak berlapang dada?

Jika PAS benar2 ikhlas untuk menjayakan muzakarah ini, maka TIDAK PERLU ADA SYARAT! Ini hal masa depan ISLAM dan MELAYU! Kenapa nak bersyarat! Ada pulak nak suruh UMNO masuk Pakatan Rakyat! Ini kerja GILER BABI! BABI GILER pun tak cadang camtu! PAS perlu berlapang dada dan juga berlapang MINDA jika benar2 mahu bermuzakarah dgn UMNO.

UMNO sentiasa konsisten dlm perjuangan! PAS perlu bertolak ansur jika mahu bersatu dgn UMNO. Dan percayalah, jika PAS BERSATU DENGAN UMNO maka DAP dan PKR akan HANCOR! DAP terutama nya pasti akan tak senang tidor dgn berita ini. Mereka tahu tanpa PAS mereka akan hancur, PAS juga tahu tanpa DAP mereka juga akan hancur. Jadi sekarang mahukah PAS mengaku kesilapan dan bergabung dengan UMNO? Kalau tanya aku, TAK MUNGKIN! Sebab sikap BUSUK HATI dan IRI HATI serta DENDAM KESUMAT PAS terhadap UMNO begitu tebal! Lihat sahaja la. Anywayz jika lah PAS sudi bergabung dgn UMNO, aku akan jadi manusia paling happy dalam Malaysia ini! TAKBIR!