SHAH ALAM 11 April - Pemimpin akar umbi dan penyokong Barisan Nasional (BN) dinasihatkan jangan menyemarakkan api ketegangan kepada ketua masing-masing sekiranya tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) 5 Mei ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesemua jentera digesa menumpukan kemenangan BN di Selangor.
“Saya merayu kepada pemimpin akar umbi, sekiranya ada ‘bos’ masing-masing tidak dicalonkan, kita harap jangan dicurahkan minyak, tetapi nasihatkan supaya keadaan ini reda.
“Kalau jentera BN berjalan baik di bawah satu pasukan, saya yakin penuh BN akan menang,” katanya pada sidang media selepas bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di sini semalam. BACA LAGI