Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 18, 2013

NAJIB: Jangan kena tipu lagi!


SHAH ALAM - Cukuplah sekali terpedaya dengan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, demikian nasihat Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Rakyat Selangor kena menunjukkan sikap kalau sekali sudah kena tipu, jangan kena tipu sekali lagi.


"Kalau ditipu sekali boleh dimaafkan, kalau dua kali kena tipu kita harus tanya, mungkin kepala kita ini yang tidak betul," kata Najib ketika menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran manifesto atau dikenali akujanji BN Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini malam ini.

Menurut Najib, sebagai manusia yang beringat dan berfikir malah melihat sendiri pentadbiran PR di negeri ini, rakyat Selangor harus memilih untuk menyokong BN yang diperakui kemampuannya mentadbir negara.\


"Dua kali kena tipu, manusia patut lebih cerdik daripada itu. Jangan kena tipu dua kali," tegasnya lagi.

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, "enough is enough. Lima tahun sudah cukup untuk kita buat penilaian. Lima tahun sudah membuktikan kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor ini."

BACA LAGI DARI SUMBER

p/s: Selalu aku ckp, sekali kene tipu mungkin tak tahu, dua kali mungkin terlupa, tiga kali ... sah sah bangang!