PUTRAJAYA 10 April - Semua pihak yang terlibat dalam proses pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kali ini diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusinya Tan Sri Datuk Seri Haji Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagi memastikan proses PRU kali ini berjalan dengan lancar, semua pihak yang terlibat hendaklah menjaga tatasusila semasa berkempen.
"Bagi memastikan proses pelaksanaan PRU ke-13 ini berjalan dengan lancar SPR memohon semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis yang bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam."
"Parti-parti politik, calon-calon, petugas dan para penyokong parti serta mana-mana individu yang terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana yang ditetapkan oleh SPR," katanya di Pusat Ruangan Media SPR di sini, hari ini. BACA LAGI