Berita Harian: Mutakhir

Saturday, May 4, 2013

Bila PAS Di Tentang Ahli Sendiri


Ceramah Mustafa dicemari, penyokong Pas mahu Presiden PSM tarik diri

PETALING JAYA - Kempen membantah calon PKR kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim  memuncak malam tadi apabila sekumpulan penyokong Pas  mengadakan demonstrasi ketika Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berceramah di Padang  Awam, Seksyen 7, Kota Damansara.

Bantahan bermula selepas kira-kira 15 minit Mustafa berceramah sekitar jam 10 malam  bagi menjelaskan isu yang timbul berhubung pertindihan calon PR di kerusi Dun Kota Damansara.


Salah seorang penyokong   turut bertanyakan tentang pendirian Pas tentang Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang diketuai Dr Mohd Nasir Hashim, namun ia sekali lagi mendapat cemuhan daripada 30 penyokong  selepas Mustafa enggan menjawab soalan itu.

SUMBER

Belum memimpin negara dah berbalah antara PAKATAN? Huk alooo!