Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, July 16, 2013

Menteri: Siasat kes Vivian, Alvin ikut Akta Hasutan


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau mahu kes penghinaan Islam di Internet seperti dilakukan pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee disiasat mengikut Akta Hasutan atau di bawah Kanun Keseksaan. 

Shabery dalam satu laporan Utusan Malaysia berkata, beliau akan membawa isu penghinaan ke atas Islam tersebut ke Kabinet kerana perbuatan seperti itu kini sudah melampau.....

“Namun saya juga pelik kerana sehingga kini tiada sebarang kritikan daripada pemimpin pembangkang khususnya PKR dan DAP walaupun jelas perbuatan biadab itu boleh mengundang kepada insiden pergaduhan kaum," katanya seperti dipetik akhbar berkenaan.

Tindakan pasangan berkenaan menerima antara lainnya dikritik oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang berkata perbuatan Alvin dan Vivian itu memalukan dan melampau.

Laporan The Malaysian Insider semalam, yang memetik kenyataan Lim, menyebut bahawa kedua-dua individu berkenaan wajar dihukum.

"(Perbuatan) itu salah. Mereka patut dihukum, tiada sangsi lagi," katanya yang menambah perbuatan berkenaan tidak menggambarkan sikap rakyat Malaysia.

- SUMBER