Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, July 16, 2013

Mukhriz: Bukan Islam tak boleh guna kalimah ALLAH


JITRA - Kerajaan negeri Kedah tidak mengizinkan kalimah ALLAH digunakan oleh orang bukan Islam dalam kitab mereka dan memberi amaran keras bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap golongan yang menyalahgunakan kalimah suci itu. 

Ketika memberi amaran itu, Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir turut menyifatkan golongan bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu sebagai mempunyai manifestasi tidak baik terhadap umat Islam di samping cuba mengelirukan generasi muda Islam.

"Kita tidak boleh terima alasan mereka kerana di sebalik alasan tersebut tersembunyi matlamat hendak memurtadkan umat Islam," katanya sambil meminta umat Islam memberi mesej jelas kepada pihak luar yang menyokong kalimah ALLAH dibenar digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. ... BACA LAGI

P/s: Terbaek! TAK BOLEH! Takde tapi2 ... kalau2 ... TAK BOLEH!